……
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
border
Tuesday, August 23, 2011
Tuesday, August 16, 2011
rayaraya *EPISODE(waww**)
assalamualaikum ?
hai awak awak semua
aissh ,, pejimcelik nak dah 16 hari kita puasa .. nak raya dah pon ,, sedih rasanya , aissh .
yang sedih , sedih , yang hepy , hepy ,
apepon raye jangan lupekan orang yang x berkemampuan ,, ye ..
aissh , lupe nak berbuka dah ,,
okayylah
assalamualaikum ?
Sturee by : Amei Azzna at 3:59 AM 0 comments
Sunday, August 14, 2011
Nak bantuan ?
based on http://iniamiepunya.blogspot.com/
story about smooth criminal ...
ada gak jenayah yang aku penah buat .. biasa touh ..
alaa kecik-2 je .. so what ..
and aku ade satu jenayah .. tapi jenayah ni membawa kebaikan kepada korang yang nak ,,
nak tau ape ..
okay ni di fb ..
just nak tolong korang ,, just kalau koran nak test kesetiaan yor partner !
(perempuan utk lelaki , lelaki utk perempuan ,,)
first step ... bg acc fb partner korang ..
second step .. let i do my work
third step ... aku akan bagi tahu about reaksi partner korang such (melyan , mengelak , mengucap xhenti , overdue)
Sturee by : Amei Azzna at 1:10 AM 0 comments
Saturday, August 6, 2011
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.."
- [al-Baqarah: 183]
Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah S.W.T, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Ramadhan Bukan Hanya Menahan Lapar & Dahaga
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa.
Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan.
Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan ...
Sturee by : Amei Azzna at 1:36 AM 0 comments
Thursday, July 28, 2011
Tuesday, July 19, 2011
SETULUS CINTA NABI MUHAMMAD
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...
Sturee by : Amei Azzna at 6:49 AM 0 comments
Monday, July 18, 2011
KISAH REMAJA 12 TAHUN MENJADI PEDOMAN SELURUH UMAT ISLAM
Assalamualaikum .. lame rasenye tak post kat sini .. busy sikit dengan study .. mane tak nye .. nak trial dah ni .. hmm .. entry kali ni sedeh skit .. harap dapat moral selepas bace ..
Mari kita renungkan cerita yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dalam membuktikan semangat orang muda iaitu kisah syahidnya Fares Audah, 12, si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.
Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan intifada dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbia dan tempat kiblat pertama umat Islam. Serangan ditujukan bukan kepada burung atau kucing tetapi kereta kebal Yahudi yang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.
Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik sekolah bersama rakan sebaya. Walaupun ibunya sering kali risau tindakannya, tetapi dia menjawab: “Kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita.”
Malah tindakan itu menyebabkan Yahudi takut dan berundur akibat balingan batu ini. Selepas 40 hari bertempur dengan kereta kebal Yahudi menjadikan Fares Audah sebagai ancaman kepada Yahudi. Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berdepan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan ‘penembak curi’ yang menembaknya tepat di kepala.
Kematian Fares Audah disambut dengan parti memabukkan oleh tentera Yahudi bagi meraikan kemenangan ke atas si cilik bertuah yang bergelar as-Syahid. Itulah kisah pengorbanan agung seorang remaja hasil didikan dan pemahaman yang betul.
Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan serta kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang. Di sana tiada sistem persekolahan teratur dan seribu macam masalah lagi. Jadi, bagaimana pula remaja kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritakan kerana kita sentiasa dalam keamanan, kesenangan dan kesejahteraan serta penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.
Bagaimana dengan isu remaja tonggak pelapis di Malaysia? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, apakah ada yang setandingnya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?
Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja kita ketika ini yang terlalu dimanjakan. Kita juga kurang fokus terhadap mereka berhubung sistem atau acuan yang benar-benar mantap untuk membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab. Kita lihat pengaruh hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat hidup. Ini menjadikan hilangnya nilai ketimuran dalam tindak-tanduk remaja. Ini belum lagi kisah remaja semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan black metal dianggotai rakan sebaya seperti pernah dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.
Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan Fares Audah dengan remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya? Satu persatu boleh dirungkai. Jika di Palestin, menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehingga batu dijadikan pensil manakala tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak kecil di sana menuntut ilmu walaupun dalam keadaan perang. Yang menjadi dinding bukan binaan indah tetapi khemah pelarian tidak beratap. Kawasannya penuh habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata Yahudi, bukannya selesa dengan keadaan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, ti dak dihiraukan perkara lain sehingga belajar di bawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.
Lain kisahnya di negara kita. Walaupun disediakan sistem yang tersusun, guru yang ramai dan berkelayakan, sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja di zon selesa tetapi apa yang terjadi pada mereka?
Gejala lepak berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan. Ini ditambah pembabitan dalam gangsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi. Jika ditunjukkan statistik, pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja kita.
Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang sangat dahsyat, Palestin bersungguh-sunguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak Palestin yang hafiz al-Quran.
“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafiz al-Quran.” Demikian antara petikan kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia daripada rejim Zionis Israel.
Di mana kita dan di mana mereka? Banyak lagi perkara memalukan yang tidak mampu kita tempuh dan remaja terus dilalaikan dengan pelbagai perkara lagi.
sama-2 lah kita sedekahkan al-fatihah kepada almarhum FARES AUDAH ...
Sturee by : Amei Azzna at 4:00 AM 0 comments
Monday, June 27, 2011
MOODS
Don't think cherry ~
moods
| i love you ♥ (✿◠‿◠) … (◡‿◡✿) … (◕‿◕✿) … (✖╭╮✖) … (≧◡≦) … (¬_¬) … (◑‿◐) … (◕‿-) … ✖‿✖ … (-'_'-) … (╥_╥) … (╯_╰) … (╯3╰) … (o_-) (¬‿¬) … (◣_◢) … (∪ ◡ ∪) (≧ω≦) … o(≧o≦)o … (⋋▂⋌) (॓_॔) … (╯ಊ╰) … (─‿‿─) d(-_-)b … d|-_-|b … \m/(-_-)\m/ ‹(•¿•)› … (╯︵╰,) … (︶︹︺) (∩︵∩) … (。◕‿◕。) … (⊙_◎) (~ ̄▽ ̄)~ … (︶ω︶) … (+_+) (◕^^◕) … (∩▂∩) … (¬▂¬) (。♥‿♥。) … (✿ ♥‿♥) … ♥╣[-_-]╠♥ (~o ̄▽ ̄)~o … (~o❤‿❤)~o ٩(͡๏̯͡๏)۶ … ٩(-̮̮̃•̃)۶ … ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶ … ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(×̯×)۶ … {。^◕‿◕^。} … (ñ_ñ) (u_u) … (*_*) … (º_º) <('o'<) … ^( '-' )^ … (>‘o’)> v( ‘.’ )v … <(' .' )> … (*^ -^*) ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ … {♥_♥} … ҳ̸Ҳ̸ҳ … ღ წ |
comel-2 enn ? heheh |
Sturee by : Amei Azzna at 11:22 PM 0 comments
Saturday, June 25, 2011
ILMU OoH ILMU
Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung adalah datangnya dari Ilahi. Bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia. Hawa, adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada Adam. Setelah melalui beberapa frasa kehidupan dan sejarah, tidak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta seorang wanita.Namun, zaman berzaman yang dilalui turut menyaksikan betapa manusia meletakkan darjat seorang wanita di tahap yang paling bawah. Anak perempuan dibunuh, golongan wanita pula dijadikan perkakas. Sehinggalah Islam yang diturunkan melalui Rasulullah SAW, hadir memurnikan kedudukan wanita. Golongan Hawa ini diangkat sehingga menjadi tinggi martabatnya dalam Islam.Memang benar, pernah dikatakan Rasulullah bahawa antara golongan yang paling ramai memasuki neraka adalah wanita. Namun, jangan dilupakan bahawa mereka juga mudah untuk memasuki syurga. Bagaimanapun, hari ini ramai golongan wanita kurang menyedari kemuliaan kedudukan mereka di sisi agama. Larangan dan perintah, bukanlah untuk menyusahkan mereka, tetapi di situlah letaknya murni seorang wanita. Bagaimanapun, sedarkah mereka bahawa fitnah turut hadir bersama-samanya?
dipetik daripada ILOVEYOUGIRL
Sturee by : Amei Azzna at 1:20 AM 0 comments
Friday, April 29, 2011
ILMU OoH ILMU
Sturee by : Amei Azzna at 10:43 PM 0 comments
Labels: share it carry it
KNOWING THEM LIKE OLALA
Olalala ..
aku get member baru .. perggh memeng best la ken law dapat yang satu kepale punya ken!
lalala..
ingat ken diorang ni sombong malas la nak tegur .. then da masuk satu group kena la tegur ken.. waah hebat , korang superb kot .. hapening bapak la ken ..diorang ni dak smk seri mulia ... satu laki lain sume perempuan .. yang laki tuhh name dia abu .. baik !
syira tanye kenape kau asyik gigit towel kau to , dia jawab .. biar laa habit !
bhahah .. bunyi macam bapoks ken ? tapi tade ahh .. kuat tuyhh ..
kkay laa .. nanti law ada gamba diorang me upload kay ..
Sturee by : Amei Azzna at 8:02 AM 1 comments
Labels: lllaa
Sunday, April 24, 2011
BOO YAA
Sturee by : Amei Azzna at 9:48 AM 2 comments
Labels: boo yaa
SI DIA
Kisah si dia ;
mula kenal 2010 ... hari-hari jumpa , sangatlah baik kau ni sebab tu aku suka kawan ngan kau ..
orang cakap pasal kau .. aku senyum je .. macam tu macam ni orang kata kau aku diam je .. aku tak nak kasi tau au nanti kau kecik hati .. baiknye aku jagi perasaan and cerebrum kau tu ... pastu aku dapat tau kau ada ramai peminat pulak .. aku rasa jeles .. aku pon tatau kenapa ... aku buat bodoh je (baru form two , otak bodo-bodo lagi) then masing-masing buat hal sendiri ,
da nak masuk bulan tujuh tu masing-masing piker pasal final exam .. walawey .. tak contact pon .. tape-tape , waktu-tu aku anggap kau bestfriend aku ...
2011 ... sekarang aku ngan kau hari-hari jumpa .. hari pertama tahun ni aku jumpa kau aku rasa biasa je .. tak kan aku nak over excited pulak ken ? then kau pon start panggil-panggil aku , dengan bangang nye aku menyombong ngan kau .. kau pon blaa ..
pastu aku mintak tolong kau .. yaah baik laa kau ken , kau tolong aku .. tapi aku tengok kau macam tak ikhlas je .. tapi kau buat jugak ... kesimpulannya kau tolong jugak aku ken ?
and now kau start berubah , memang aku tak suka la ken ?
geli pon ada bila tengok kau lain je tak macam dulu .. wahailah kawan ku .. kau ni kenapa berubah ... hari tu aku ni hapir laa menagis sebab perabahan DRASTIK piggie kau ni ... tapi aku kuatkan semangat aku berdoa supaya kau berubah walaupon bukan macam dulu , yang bangang-bangang ayam tu .. sekurang-kurangnya lain daripada yang sekarang ni ....
mungkin betul kata hati aku kau yang dulu tu palsu .. dan yang sekarang mungkin kau yang sebenarnye .... aku takkan bagitahu kau yang aku rasa kau da berubahh . biarlah kau tahu sendiri ...
ingat satu je aku sayang kau tahap ULTRAMAN , kay !
Sturee by : Amei Azzna at 2:57 AM 0 comments
Labels: dia
Saturday, April 23, 2011
BENCI !!
Aku tak tau la kenape kau da lain , sumpah lain gile ...
bile aku ingat balik .. dulu kau x macam ni ..
aku jadi menyampah , benci , sedih bila kau berubah cam ni ...
dulu kau baik je ngan aku sekarang , perghh mulut kau .. nak nagis aku dengar kau cakap cam tu .. tapi aku buat2 tak dengar je ..
aku harap kau berubah .. walupon tak macam perangai kau yang dulu ..
aku harap kau faham bila aku tak bertegor dengan kau ...
aku memang bukan sesapa dalam hidup kau !
tapi aku sayang kau ~
Sturee by : Amei Azzna at 3:24 AM 0 comments
Labels: ..
Friday, April 22, 2011
TARAAAA ~~
Taraaa ~~~
lihat tepi .. froggy froggy ku ..
comel kann ??
kann kann kann ...
sebananye nak bagitahu tu jee ..
and thanks to my super new follower ....
Sturee by : Amei Azzna at 7:48 PM 0 comments
Labels: taraa
Saturday, April 16, 2011
LALALALALA
Lalalala ..
Tralalala ...
On my sat ...
watafrogy .. boring jea kot .
macam lalalalala je .
sape tengok maharaja lawak semalam ?
angkat kaki pusing2 macam saye !
nabil best kann ?
kan kan kann !
watever laa .. im wanna say goo bye for the summer ~~ lalalalalala
Sturee by : Amei Azzna at 7:22 AM 0 comments
Labels: tralalala
Friday, April 15, 2011
SEALED WITH A KISS
p/s = ney sebenar nye lagu lame .. dolu-dolu nye lagu .... tapi tersangatlaa sweet ini lagu ce bukak and nyanyi ... ney ade bunyi gitar jee .. sealed with a kiss sape suka main gitar cer main kann
Sturee by : Amei Azzna at 12:04 PM 0 comments
Labels: lalalaala
LIHAT DENGAR PUJI
Lihat belakang .. green bhaii ..
Dengar itu .. grenade bhaii ..
Lihat sisi .. froggy bhaii ..
Puji siket .. ~~~ waahh cantekk ~~
Tetibe hari ni rase nak tuka semua segale ..
then i change to green and grenade .. hehhe ..
ito sahaje sayang2 follower ku ..
byeeeee !
ASSALAM
(ta jawab dose bhaii)
Sturee by : Amei Azzna at 10:22 AM 0 comments
Labels: ggf
Monday, April 11, 2011
RINDU NGEKK NGOKK SAYA !
Sturee by : Amei Azzna at 1:37 AM 2 comments
Labels: lalal
Sunday, April 10, 2011
MERANTAS ADESA !!
Merentas desa bhaii !
sumpah penat !
walaupon aku tak gii ..
ki ki ki
Aku mula-mula nak gi .. da bangun pagi uhh terasa malas pula .. PULA bhaii
so tak pergi ..
tapi aku tau penat
!
haha bye
Sturee by : Amei Azzna at 9:18 AM 0 comments
Labels: lalala
Thursday, April 7, 2011
TERIMA KASIH , THANK YOU
Semalam pergi pemilihan bomba peringkat kebangsaan ...
ALHAMDULILLAH aku and lagi 9 orang budak sekolah aku terpilh .
terima kasih pada yang menyokong ...
nak dijadikan cerita ~~~
Sebenarnya family aku tak bagi pergi .. dengan tak bersalahnye aku pergi pemilihan mak aku tak tau .. then aku cakap kat mak aku yang aku dah pergi pemilihan peringkat pertama (kawad hos) and aku lepas saringan peringkat pertama .. aku bagitahu mak aku .. and mak aku marah siket ..
SIKET JEE !
then my mum cakap kat abang aku .. abang aku bagi syarat , PMR wajib CEMERLANG , internet hanya sabtu ahad ..
kalau ada rezeki aku untuk cemerlang PMR , syukur !
kalau takde redha jee . lagi pon masuk tahun ni da dua kali aku pergi kebangsaan .. ORANG HIDUP JANGAN TAMAK !!
haaa
and the last THANKS untuk sape yang memberi semangat or menyokong .. paling GEMPAK thanks ibu ,uda sebab bagi pergi lagi ..
and kalau ada rezeki lebih INSYAALLAH aku akan jadi ketua kontijen perempuan kl tahun ni .. AMIN
Sturee by : Amei Azzna at 11:06 PM 0 comments
Labels: syiokk
Wednesday, April 6, 2011
HAH SAYA PENAT CIK !
Hari ni last kawad kat sekolah , besok dah pemilihan .
Tadi SITI HAJAR HALIM buli aku dan kami .. ni nak marah ni . MAK TA SUKE NYAHH !
isokay untuk kebaikan aku dan kami gakk ..
WTV pon PLEASEE laa wish aku and kami berjaya kayy !
byee
Sturee by : Amei Azzna at 4:11 AM 0 comments
Labels: nyahh
Tuesday, April 5, 2011
HHEHEHE
tadi pegi pemilihan kawad hos .. and aku salah seorang yang terpilih .. semua peserta lelaki dari smkbm terpilih , perempuan dua orang tak dapat ..
tapi hari khamis nanti kena pergi lagi , pemilihan kedua .. so PLEASEEE wish me luck
Sturee by : Amei Azzna at 1:22 PM 0 comments
Labels: mm
Monday, April 4, 2011
KAWAD
salam ,
start besok aku akan mulai busy . so no wonder la law aku jarang post post post , untok korang . SORRY ALL .
besok selase aku gi pemilihan kawad hos dekat balai jelatek , kalau terpilih pergi next peringkat . kalau terpilih lagi pergi lagi satu peringkat . kalau terpilih aku dengan rasminya wakil kawad bomba peringkat kebangsaan for second time nye . KALAU MaK AKU BAGI LA KAN .
okay bye. penat nak rest , SALAM
Sturee by : Amei Azzna at 5:09 AM 0 comments
Labels: pfft
Sunday, April 3, 2011
SHARING IS CARING
1. Allah tak suka orang yang menguap itu tadanya orang yang malas ,zalim dan sebagainya tetapi Allah lebih suka orang yang bersin .
2.Syaitan sangat suka pada saluran darah , jadi kurangkan makan ( orang berbadan besar tak semestinya banyak makan )
3.Rasulullah diutuskan bukan untuk mengutuk , sebaliknya memberi rahmat ( iman yang teguh dan menakjubkan)
4.Puasa selama tiga hari pahalanya umpama berpuasa setahun
5.Jangan letak tangan kat dada and buat sign ROCK !
Sturee by : Amei Azzna at 6:19 AM 0 comments
Labels: sharing
HAPPY BIRTHDAY TO ME ~
happy birthday to me ??
sabenarnya birthday syura , my adek ..
malam semalam wat party kat umah ..
KEDENGKI dile aku , banyak gile die dapat hadiah ~~
ape pon semalam memang best .. dah laa dapat tengok movie free .. da macam cite HINDUSTAN daa. kuchi kuchi hotakmu ..
nanti up load gambar..
Sturee by : Amei Azzna at 4:38 AM 0 comments
Thursday, March 31, 2011
VROOM VROoM
Ngeh ngeh ngeh
hai follower !
arini macam biasa pergi kawad , tapi lain siket sebab arini cikgu hantar balik . Naik van bomba , ngeh ngeh ngeh . sampai dean rumah semua orang pandang . budak2 kat taman pon kate bomba bomba bomba . jakun sial .. bhahaha .
kay lah bye bye
Sturee by : Amei Azzna at 3:40 AM 0 comments
Labels: zx
Wednesday, March 30, 2011
NO title !
update sesaje je .
ni baru blik kawad .
penat tawuk !!!
oke da bye ~~~
Sturee by : Amei Azzna at 3:31 AM 0 comments
Labels: emmm
Tuesday, March 29, 2011
SORY
to my follower im sory coz tak update kerana KEBIZIAN . minggu ni tersangat lah busy . sory kayh .
minggu ni busy sebab kawad bomba .
to my new follower . thanks sebab sudi follow .
kay bye gtg nak gi sekolah dah ..
bye iloveyou all .!
Sturee by : Amei Azzna at 3:20 PM 0 comments
Labels: emm
Friday, March 25, 2011
KASUT oOH KASUT
Ingatkan jap gi nak pergi beli kasut sekolah ngan kakak aku . tak tau lah jadi ke tak . aku dah cakap lame dah mintak ngan mak aku , mak aku kate dulu die gi sekolah pakai kasut sampai keluar ibu jari kaki .
ishh , itu dulu . memang la orang dulu susah . sekarang ni zaman dah berubah , kasut sekolah tu keperluan bukan kemahuan . aku mintak kasut sekolah pon nak marah . kalau nak benda lain boleh je . aneh pelik betul aku . tak nak beli yang mahal sudah , biasa pon boleh . aku tak kesah asalkan aku tak TERGELINCIR sudah
kasut aku tu da BOCOR dan licin . so aku nak KASUT BARU . tak kan nak tunggu keluar ibu jari dulu baru nak beli , padahal bawah da bocor nak terkeluar TUMIT da . bukannye tak da duit nak beli kasut sekolah .
Sturee by : Amei Azzna at 10:26 PM 0 comments
Labels: kasut
Thursday, March 24, 2011
HARI YANG PENAT YANG SYIOKK
Tadi siang on - 24/3/2011
Pergi DBKL , oke . BEST .
Pergi DBKL tuh amek borang , mintak cop and sign jea.
Then gerak PERPUSTAKAAN KL . masuk sane dekat sejam . last2 copy je benda yang diorang sediakan . WATAFAK photostate 20sen . Amek satu copy je then copy kat luar je . SEPARUH HARGA .
Then gerak jalan tar . gi makan . pastu pergi amek bas balik .
Dalam bas tu ada student HILLCREST . mule2 masing2 buat BADAK je .
da sampai sentul ANISA bantai goncang kusi budak depan dia . TONGONG .
Then budak tu pusing . berborak . kita orang gelak BAPHAKK kuat , semua pandang . termasuk member2 budak depan nisa tuhh .
GHAHH aku rasa member2 budak tu mesti ada cakap pape !
choii ade aku kesah . beborak je pon . bukan kita orang belasah pon . RRER
kaylah , ngantoxx !
Sturee by : Amei Azzna at 10:11 AM 0 comments
Labels: dbkl
Saturday, March 19, 2011
LAST HOLIDAY
Sturee by : Amei Azzna at 9:16 PM 0 comments
Labels: hwk
EMMH ! peminat baru ~~BOO
Sturee by : Amei Azzna at 9:55 AM 0 comments
Labels: lee hong gi
Friday, March 18, 2011
RATU !
Tadi keluar gi KLCC tengok ratu the movie..
what , best ke tak ?
best la jugak !
mule-mule nak tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA , tapi kanak-kanak nak tengok raru the movie ikot je laa !
best la jugak , tak la menyesal tengok macam tengok cite OTAI dulu , macam CILANOTT !
oke laa nak chaww bye bye bye
Sturee by : Amei Azzna at 10:33 AM 0 comments
Labels: ratu
Wednesday, March 16, 2011
KECEMASAN !
Kecemasan pale hotak !
sebenarnya bukan kecemasan , tadi aku gi hospital . my ibu operate !
lupe ke ?
Alhamdulillah selamat ~~
sebenarnye nak cite menatang ni :
tadi kat hospital aku nampak DR.HANDSOME wehh !
hhaaha , handsome ~~ ta tipu sumpah ta tipu .
heheh
tamao cite banyak nanti korang semua sebok nak gi hospital .
heheh
Sturee by : Amei Azzna at 5:56 AM 0 comments
Labels: hsp iii
Tuesday, March 15, 2011
BREAKING
Tadi mak aku masuk wad esok operate ,
doa-doakan lah mage semuanye berjalan lancar
.. maka aku nak operate mata .. katarak mata
Sturee by : Amei Azzna at 12:57 AM 0 comments
Labels: hsp ii
2nd holiday
2nd cuti , boring laa .
kemas bilik
masak
main
leppy
revise
itu je harini ~~~
Sturee by : Amei Azzna at 12:08 AM 0 comments
Labels: 2nd
Monday, March 14, 2011
CHICKEN CHOP III
Kepada sesiapa yang berminat atau dah mintak resipi chicken chop , ni resipi nye ;
BLACKPAPER SAUCE ;
2 ulas bawang putih
2 sudu marjerin
blackpaper biji
sos blacpaper ( mengikut hidangan )
penambah rasa
cheese sausage
cendawan butang
CARA ;
masukkan marjerin , ketuk bawang putih masukkan , tumis sampai garing (sekali dengan blackpaper) , tuang sos blackpaper . perlahankan api , bila dah menggelegak masukkan sikit air (jangan tarok banyak ti cair tak sedap)
AYAM ;
ayam (ikut hidangan)<beli ayam yang betul2 untuk masak chicken chop>
minyak 1 paket
serbuk roti
tepung
telur
CARA ;
masukkan tepung , serbuk roti , telur dalam bekas berlainan
mula masukkan ayam dalam telur , tepung , serbuk roti , kuali then goreng
sampai habis ayam
COLESLOW ;
kobes
carrot
mayonis
penambah
lada banggala (merah / hijau)
CARA ;
potong kobes ngan carrot kecik2
masukkan dalam bekas
masukkan mayonis , gaul sampai rata , masukkan dalam peti .
(dah nak hidang baru keluarkanm)
HIASAN ;
salad
tomato
timun
kentang goreng
KALAU TAK SEDAP ;
kalau tak sedap maybe salah step ... kot laa kan ,
Sturee by : Amei Azzna at 9:23 AM 0 comments
Labels: cc3
1st HOLIDAY
My 1st holiday , biasa je .
yang luar biasa mak aku gi hospital bagai tak ajak aku !
aku dala da lame tak gi hospital , best kot !
besok mak aku masuk wad , nak operate hari rabu .
haritu nye postpone ..
Sturee by : Amei Azzna at 8:52 AM 0 comments
Labels: hsp
Wednesday, March 9, 2011
MY ROUTINE IS BACK !
Rutin dulu datang lagi ~~~
redha je lah . tak apa , itu kesukaan saya .
kawan-kawan kawad lah bebaik kay , nanti pergi bertanding tak lah kena kutuk , nama kita naik , nama sekolah naik , nama balai naik , nama cikgu bomba pon naik !
kalau waktu aku mengajar korang tuh ada terkasar ke , salah ke , sakitkan hati korang ke SORRY kay .
aku bukan nak pepoyo kat korang kay . jangan salah paham pulok !
sayang sume team bomba youngster
Sturee by : Amei Azzna at 2:13 AM 0 comments
Labels: bomb
CHICKEN CHOP II
Keputusan yang aku n my team tunggu2 da dapat !
lastly kita orang menang gak pertandingan memasak tuhh ..
hadiah nye hamper je . tapi tape lah itu je hasilnya .
law ada lagi insy-Allah kita orang nak masuk lagi ...
Thanks to ALLAH for averything !
Sturee by : Amei Azzna at 2:05 AM 0 comments
Labels: cc2
Tuesday, March 8, 2011
ON MY MONDAY
Hari isnin ..
ex-balak aku datang sekolah ...
chee , tade lahh ,
.
yang datang sekolah tu peminat aku je DATO DR SHEIKH MUZZAFAR SHUKOR (betol ke ak eja , bantai je)
sumpah ak cakap aku teruja tengok kehenseman dia .. terjerit sekejap..sekejap je !
tapi jujur aku cakap memang handsome wa cakap sama lu !
aku tak tahu la macam mana nak cakap . yang penting dia hensem bhaii .
nanti aku upload gambar mat ni kayhh .
Sturee by : Amei Azzna at 9:11 AM 0 comments
Labels: sms
HE`S LOOK AT ME !
last friday !
abang handsome youngsterr pandang aku !
sumpah aku malu , segan !
boleh pulak aku tengah minum gi bantai dia pandang ... tersedak sekejap!
nasib baik tak tersembor ke muka wawa !
malu beta !
dalam kelas ..
aku dapat ambek gambar with AZHAN AZRUL .. hahaha .. someone jelous kottt !
ghaah
otw to home ..
aku cerita dekat ANISA NADHIERAH .
hahaaha . dia jejelous sesangat .. haha
Sturee by : Amei Azzna at 5:48 AM 0 comments
Labels: nur
Tuesday, March 1, 2011
CHICKEN CHOP !
Hey hey hey ..
tadi kat sekolah ada pertandingan memasak.
i masak CHICKEN CHOP .
mula mula nak masak sumpah nervous .
then masak jee .
tengah masak tu ..
banyak cikgu tanye .
"awak masak ape?"
"wow bestnye!"
sumpah bukan nak bangga tapi nak share je
da hidang ..
" eee sedapnye "
memang best sangat waktu tu , coz ramai yang puji ..
bila turun bawah .
"wey mane chicken chop nak gak "
nak cakap apa cikgu ngah makan kat atas .
so smile je la .
naik balik bilik masakan
chicken chop da nak habis .. gherr
lalu tepi cikgu
"sedap awak masak "
da senyum !
chicken chop ku diratah kucing 3dinamikx
ada lah sikit .
masukkan dalam tupperware bawak turun kasi wawa and ya rasa ..
KALAU BOLEH NAK SANGAT MENANG , SEMUANYA BERGANTUNG PADA TAKDIR RIGHT . DOA DOAKAN MY TEAM WILL WIN KAY !
GADIS 3DINAMIKX
Sturee by : Amei Azzna at 2:33 AM 0 comments
Labels: CC 1
Monday, February 28, 2011
SAKAI
SAKAI ?
emnnh
cube korang tengok videe ney ..
barbie jantan menyonget !!
kelakar betol penat aku dibuatnye .
hadoi !!
tengok kayhh
Sturee by : Amei Azzna at 2:42 AM 0 comments
Labels: lady gargar
Saturday, February 26, 2011
WALK WALK AWAY ~~
Ghahhh !
hijo tuuhh !
kay
WALK WALK AWAY act aku walk away ke kay ell (KL) saja nak WARM UP UP AND UP lidah uu alls ..
beli buku latihan geo , sejarah , bi . for my preparation ( betul ke aku eja < tak betul pon cakap betul kayh>)
beli seluar ..
my sys beli baju and seluar coz minggu depan dia nak ke LANGKAWI .. macam soleha , hhaha ciyan soleha KECHEWA dia , markah exam bm tak masuk dalam statistik . tape tape nanti kau cakap ngan bapak kau "AYAH SAYA SOLEHA BINTI KARIM ADA UJIAN " kayhh
thats all bye yall
Sturee by : Amei Azzna at 7:20 AM 0 comments
Labels: keyys me
Friday, February 25, 2011
DREAMSSS !
Sekarang fashion warna purple , so aku tulis dalam warna purple plak . kalau asyik same jekk tak meriah la yaee !
DREAMSS !
dreamss kenapa dengan dreamss . ghaa , sebenarnya tak ada pape pon just nak post menatang ney jee
LUCKY - ASHILY (boys over flower )
cerita ni macam DREAMSS COMESS TRUE jekk !
best BENAR ........
SUMPAH TAKK TIPU !
hehehe !
LEE MINHO !
KIM BUM !!
KIM HYUN JOONG !!!
peminat aku ..
GHAHAHA (perasan sudah chee , jangan jelllllllos yekk !)
Sturee by : Amei Azzna at 5:36 PM 0 comments
Labels: ghhaha
Thursday, February 24, 2011
EXAM !!
Exam dah habis !
yayh !!!
aku suke lolx ,
paper ade yang da dapat alhamdulillah ada yang meningkat .. terutamanya sains akuu .
GHAA
bye bye yekk
Sturee by : Amei Azzna at 1:52 AM 0 comments
Saturday, February 19, 2011
EXAM WEEK !
Orrgh !
exam week ~~~
make me crazy ! lolx
semua okey !
kecuali MATH kecut urat bontot aku menjawab eh !~ ~
sn sj belum lagi !
Sturee by : Amei Azzna at 12:17 AM 0 comments
Labels: exam
Thursday, February 10, 2011
HA !
hariyangmemboringkan
hariyangmemboringkan
saja-saja nak update blog
sorry sayang-sayang followerku ..
nanti i nak taruk story kat sini tapi nanti ehh,,
i nanti ada exam so maybe bulan 3 nanti kot
bby
thanks for reading my followerku sayangss
Sturee by : Amei Azzna at 1:31 AM 0 comments
Labels: niana
Tuesday, February 8, 2011
CINA HOLIDAY
Hoyt !
lama tak mengepost disini ....
about school holiday last week .. aku gi jalan-jalan jek . mula-mula gi CAMERON HIGHLAND . best wook .. 3 hari 2 malam waah ..
bezzzzzzzt .
emmnh .then balik rumah hari isnin petang .
hari selasa gi PAHANG rumah granny . wook . paint paint umah granny , pastu gi WATERFALL BBQ PARTY haha sangat best . saya sedar saya dah hitam sikit dari biasa . malam tu gi pantai lak PANTAI TELOK CHEMPEDAK . ada LITTLE BIRTHDAY BATCH PARTY ..
OKIY BYEEEEEE.
aku sedar ayat aku harini macam syihal sebab aku dah mengantuk so babai aku nak tidooooooooor .
Sturee by : Amei Azzna at 8:40 AM 0 comments
Sunday, January 23, 2011
Saturday, January 22, 2011
NO BESH !
Harini rasa nak tulis dalam warna PINK . so i use it .
emmh nothing happen la tuday .. no besh .
sat gi nak buat carta organisasi for my class .not done yet since tuesday .. omg , i have no idea kott .. rrer .. oky bby nak chit chat ngan kawan-kawan saya !
thanks for reading .
Sturee by : Amei Azzna at 8:16 PM 0 comments
Labels: ommh no besh
MOVIE !
Arrive from KLCC tengok cerita KHURAFAT by the handsome SHAMSUL YUSOF .. i think this is the best horror movie malaysia setakat ni ..
best gila la !
Syura sampai nangis coz terkejut .. hihik .... satu panggung gelak . hek . dah kena gelak lagi kuat dia nangis . hihik .
ada gak manusia ambil kesempatan berrrr ~~ dalam panggung uhh . atoyai ..
ada yang sampai bebungkus ngan sweater ketakutan .. hihi ..
Watever pon KHURAFAT memeng BESTTT !!
BY
SHAMSUL YUSOF
cite lu gempak wa cakap sama luu !
hihik
muda tapi ada talent jadi pengarah berbakat !
Sturee by : Amei Azzna at 12:55 AM 0 comments
Labels: khurafat
Wednesday, January 19, 2011
WATTA FRANKK !!!
OMG ! sumpa scary gila when my purse hilang .. grr . da la dalam tu ada IC and kunci rumah segala bagai .. tak pasal-pasal kena duduk kat luar sampai dua jam . herrrh ! ~ ~ ~
last last nisa text kata purse tu ada kat dia , such a WATTA FRANKK !
bodus ....
habis kedai makcik iceblended uhh kitaorang bongkar sampai makcik tu pon pelik 1 haishh da nasib . ini adalah peringatan supaya tak cuai lagi masa lain ...
oke bby . thanks for reading
TTYM
Sturee by : Amei Azzna at 10:07 AM 0 comments
Labels: TTYM
Saturday, January 8, 2011
ohh
then apa yang akan dilakukan nanti mungkin study group ...
ini bukan untuk joy or fun but kita belajar dengan orang yang boleh membantu kita dalam apa2 matapelajaran tak salah pon ..maybe bersama DIRA , WAWA , SOLEHA , NIESA and sesape yang nak join ... asalkan serius it`s okey .. averything okey ...
now i`m done .. kay bby
Sturee by : Amei Azzna at 2:17 AM 0 comments
Labels: study girls
OMG !
OMG !
sedar tak sedar now ni dah masuk tahun 15 aku hidup ... apepon kena terima hakikat .. now tak boleh post hari-hari .. maybe seminggu two times jekk .. hari lain kena study smart .. i am PMR candidate tahukk . okey bby
Sturee by : Amei Azzna at 1:39 AM 0 comments













